Suspek Pembunuhan Shinzo Abe

Tetsuya Yamagami
山上徹也
Kelahiran1980/1981
Status penangkapan
Ditahan
Kerjaya ketenteraan
PerkhidmatanPasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun
Tahun perkhidmatan2002–2005
PangkatLaskar kanan

Tetsuya Yamagami (Jepun: 山上徹也), seorang lelaki berusia 41 tahun yang tinggal di Bandar Nara, telah ditahan oleh Polis Wilayah Nara di tempat kejadian kerana disyaki cubaan membunuh; pertuduhan itu kemudiannya menjadi pembunuhan selepas Abe meninggal dunia. Yamagami telah dipindahkan ke Balai Polis Nara Nishi selepas ditahan.[54] Beliau digambarkan sebagai seorang yang tenang dan tidak membuat sebarang percubaan untuk melarikan diri.[55][56][57] Yamagami tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.[58] Setakat 12 Julai 2022, pertuduhan rasmi belum dikemukakan terhadap Yamagami, yang ditahan di pejabat pendakwa raya semasa siasatan.[59]

Kehidupan peribadi

Yamagami dilahirkan di Wilayah Mie.[60] Disifatkan sebagai seorang yang pendiam dan seorang yang menyembunyikan perasaan ketika masih di sekolah menengah,[61][62][63] beliau menulis dalam buku tahunan tamat pengajiannya bahawa beliau "tidak mempunyai petunjuk" tentang apa yang beliau mahu lakukan pada masa hadapan.[64] Yamagami menyertai Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun (JMSDF) pada Ogos 2002; beliau telah ditempatkan di Pangkalan Tentera Laut Kure dan ditugaskan ke kapal pembinasa JS Matsuyuki.[65][64][66] Beliau telah diberhentikan daripada JMSDF pada Ogos 2005 sebagai kuartermaster[65] dengan pangkat laskar kanan.[61]

Pada Oktober 2020, Yamagami mula bekerja sebagai pengendali forklif di Wilayah Kyoto untuk pengilang yang beroperasi di wilayah Kansai.[67] Di sana, beliau juga digambarkan sebagai seorang yang pendiam. Beliau berhenti pada Mei 2022 selepas mendakwa beliau "berasa tidak sihat".[68][64][69] Beliau ialah seorang penganggur pada saat beliau ditahan.[68][70]

Motif

Yamagami memberitahu penyiasat bahawa motifnya adalah peribadi dan bukannya politik.[71][72][73][74] Ibunya telah diisytiharkan muflis pada tahun 2002 selepas memberi derma yang besar kepada Gereja Penyatuan,[70][75] di mana beliau menjadi ahli gereja itu,[76][77][78] yang menyebabkan Yamagami menyimpan dendam terhadap kumpulan itu.[79][80] Yamagami meneliti kaitan gereja itu dengan Abe beberapa sebelum serangan itu, percaya bekas perdana menteri itu menyebarkan pengaruh gereja itu di Jepun.[81]

Naratif Yamagami tentang ibunya menjadi ahli Gereja Penyatuan telah disahkan oleh Tomihiro Tanaka, pengerusi gereja cawangan Tokyo, semasa sidang akhbar pada 11 Julai.[75][82] Tanaka enggan mendedahkan jumlah keseluruhan derma yang disumbangkan oleh ibu Yamagami sejak kemasukannya pada tahun 1998.[75][83] Tanaka juga meremehkan dakwaan hubungan rapat antara organisasi itu dan Abe, dengan menyatakan bahawa bekas perdana menteri itu, bukannya ahli berdaftar atau penasihat gereja itu, tetapi beliau hanya menyampaikan ucapan untuk "entiti mesra" mereka.[84][85]

Perancangan

Yamagami menyatakan bahawa rancangan awalnya adalah untuk membunuh seorang pegawai tinggi Gereja Penyatuan, tetapi beliau kemudian memutuskan untuk menyasarkan Abe.[86][87][88] Beliau terus mengintai Abe di pelbagai lokasi semasa beliau merancang serangannya dalam tempoh beberapa bulan. Sehari sebelum pembunuhan itu, Yamagami menghadiri perhimpunan LDP di Wilayah Okayama dengan niat untuk membunuh Abe di sana; beliau terpaksa berundur kerana protokol kemasukan.[89] Selepas jadual Abe ditukar untuk membolehkannya melawat Bandar Nara pada 8 Julai, Yamagami menjejaki pergerakannya melalui laman web Abe.[90][91][92]

Kediaman Yamagami adalah lima minit berjalan kaki dari Stesen Shin-Ōmiya, hentian ke barat seterusnya di laluan Nara ialah Stesen Yamato-Saidaiji di mana pembunuhan dilakukan.

Yamagami memberitahu polis bahawa beliau telah menguji pistol buatannya di sebuah kemudahan yang dikaitkan dengan Gereja Penyatuan sehari sebelum pembunuhan.[93][94][95]

Persediaan senjata

Yamagami didakwa membina senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu.[96][97] Polis menemui senjata api buatan sendiri yang serupa dengan senjata itu, serta kemungkinan bahan letupan, semasa menggeledah rumahnya berikutan penahanannya.[98][72][99] Senjata-senjata itu kemudiannya dirampas sebagai bahan bukti dan diambil oleh pegawai pemusnah bom selepas penduduk berhampiran dipindahkan.[100][101][102] Yamagami menyatakan bahawa beliau menguji senjata api buatannya dengan menembaknya pada beberapa papan kayu dengan dulang bersalut aluminium untuk menyimpan serbuk mesiu kering, yang kemudiannya ditemui dari kenderaannya.[103][104] Laman web tentang pembuatan bom dan pembuatan senjata ditemui dalam sejarah penyemakan imbas (browsing history) Yamagami.[105] Beliau memberitahu penyiasat bahawa beliau pada mulanya berniat untuk melakukan pembunuhan itu menggunakan bahan letupan.[89]

Rujukan

WikiPedia: Pembunuhan Shinzo Abe //www.worldcat.org/issn/0362-4331 https://nordot.app/917988871027884032?c=3955018772... https://nordot.app/918069532928016384?c=3955018772... https://nordot.app/918072685062258688?c=3954674183... https://nordot.app/918118217387769856 https://nordot.app/918118238977638400 https://nordot.app/918121495447879680?c=3954674183... https://nordot.app/918135024858038272 https://nordot.app/918300801965473792?c=3954674183... https://www.sbs.com.au/news/article/true-friend-to...